SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG DI BLOGGER A-C-S-TDY - MARI KITA BERBAGI

Selasa, 12 Mei 2009


Lakum
Kami masih mengusahakan gambarnya

sila kembali lagi untuk melihat gambarnya

Nama Tempatan: Lakum
Nama Saintifik: Vitis diffusa
Nama Lain: Ubi kertas, Lakom
Famili: vitaceae
Lokasi dijumpai: Tumbuhan liar
Asal: Tumbuhan tempatan
keterangan:
Lakum merupakan sejenis tumbuhan menjalar yang mudah dijumpai di belukar di negara kita terutamanya kawasan tepi sungai.Daunnya yang muda berwarna putih dibahagia bawahnya.Bahagian yang putih ini akan bertukar warna menjadi coklat keperangan setelah agak tua. Daunnya mempunyai bahagian tepi yang bergerigis. Lakum membiak melalui ubi dan
kegunaan:
Lakum merupakan antara tumbuhan liar yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi. Bahagian yang digunakan untuk perubatan ialah daun dan ubinya. Lakum digunakan untuk rawatan wanita selepas bersalin. Ia juga digunakan untuk mengubati bisul yang tidak mempunyai mata.Untuk rawatan selepas bersalin, beberapa helai daun lakum yang telah dikeringkan direbus, dan airnya yang telah suam diminum setiap hari.Proses pengeringan daun lakum yang hendak digunakan dalam perubatan perlu dilakukan ditempat teduh dan bukannya secara terus kepada cahaya matahari. Ubi lakum digunakan untuk merawat bisul dengan cara mengasah ubi tersebut pada buntut pasu dan campurkan dengan air dan disapu pada bahagian yang sakit dan dibiarkan kering.

Selain daripada khasiat perubatan, buah lakum yang berwarna hitam juga merupakan umpan pancing yang paling digemari oleh spesis ikan sungai terutamanya ikan baung.

Tidak ada komentar:

Mencari

"Kata adalah sepotong arti. Kekuatan kata dibentuk oleh muatan pikiran yang dikandungnya serta kadar emosi yang menyertainya, saat ia lepas dari mulut atau pena. Pikiran-pikiran yang kuat tersusun secara sistematis dalam logika, terbangun dari kerangka referensi yang luas, solid, integral, dan terekam secara jelas sejelas matahari dalam benak."